Isnin, 7 Oktober 2013

~SUKATAN PELAJARAN~


  • Fardhu 'Ain atau Moral 
  • Bahasa Malaysia 
  • Bahasa Inggeris 
  • Bahasa Arab 
  • Tulisan Jawi 
  • Matematik
  • Pendidikan Seni
  • Iqra'
  • Hafalan Surah dan Doa Pilihan


KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 7 TEMPOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
  • Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah adalah pada kadar tidak kurang daripada tiga jam sehari selama lima hari seminggu. 
Perhatian utama hendaklah diberi kepada pelaksanaan Kurikulum Prasekolah seperti yang berikut : 

BIL PERKARA PERUNTUKAN MASA 


1. Bahasa Melayu bagi kelas Sekurang-kurangnya dua (2) prasekolah yang bahasa jam seminggu pengantar bukan Bahasa Melayu.
2. English Language bagi kelas Sekurang-kurangnya satu (1) prasekolah yang bahasa jam seminggu pengantar bukan Bahasa Inggeris. 
3. Pendidikan Islam untuk murid Sekurang-kurangnya dua (2) Islam sahaja dan Pendidikkan jam seminggu Moral untuk murid bukan beragama Islam 74 Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 8 BAHAN KURIKULUM

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luarkelas, setiap tadika hendaklah menggunakan pelbagai jenis bahankurikulum yang terdiri daripada bahan guru dan bahan murid. Jenis dan ciri bahan tersebut adalah seperti disenaraikan.

Bahan Guru 

i. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 
ii. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 
iii. Bahan rujukan pelbagai media yang sesuai

Bahan Murid 

i. Alat rangsangan perkembangan bahasa dan komunikasi seperti boneka, cerita dan buku bergambar 
ii. Alat untuk perkembangan kognitif sebagai alat rangsangan sains dan matematik seperti pengukur,            peralatan sains dan taman sains 
iii. Alat muzik seperti genderang, alat bertali dan alat tiupan 
iv. Alat dan bahan seni seperti warna air, krayon, berus dan bahan kitar semula 
v. Alat manipulatif seperti bongkah, manik pelbagai saiz dan set pertukangan tangan 
vi. Alat permainan akses kendiri seperti kad cantuman, permainan memancing, buku dan komputer
 vii. Alat permainan fizikal seperti bola pelbagai saiz, pundi kacang, gelung dan skitel
viii. Alat pemainan luar seperti buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor dan Bahan Kurikulum 75

KURIKULUM PRASEKOLAHKEBANGSAAN

 ix. Prop untuk main peranan seperti pondok, pakaian dan peralatan main kedai-kedai.Ciri-Ciri Peralatan
 i. Mudah diguna 
ii. Interaktif
 iii. Merangsang murid berfikir
 iv. Merangsang pembentukan sikap positif
 v. Kesesuaian dari segi saiz, warna dan tekstur 
vi. Mudah ubah suai dan diguna semula 
vii. Selamat digunakan. 

76 Bahan Kurikulum

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 9 PENGURUSAN RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

  • Dalam melaksanakan Kurikulum Prasekolah, murid memerlukan ruang yang mencukupi untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang pembelajaran di tadika melibatkan ruang luar dan dalam kelas dan ruang penyediaan makanan. Ruang Dalam Kelas Ruang ini boleh digunakan untuk : 
i. Aktiviti kumpulan dan individu
ii. Aktiviti pembelajaran berasaskan komonen-komponen
 iii. Menempatkan alatan mainan, bahan rujukan dan bahan bacaan
  iv. Menyimpan barang.

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti :

 i. Bercerita 
ii. Perbualan pagi (Circle time)
 iii. Menyanyi 
iv. Bergerak mengikut muzik 
v. Berlakon 


Aktiviti seni Ruang Luar Kelas Ruang ini boleh digunakan untuk :

 i. Aktiviti untuk bergeak bebas
 ii. Aktiviti bekerja secara individu dan kumpulan
 iii. Menempatkan alat permainan luar seperti buaian, papan gelongsor dan terowong.

Pengurusan Ruang P&P 77
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Aktiviti yang boleh dijalankan :

i. Permainan pasir
 ii. Permainan air
 iii. Aktiviti manipulatif seperti pertukangan
 iv. Memerhati dan membuat percubaan
  v. Lawatan persekitaran.

Ruang Penyediaan Makanan Ruang ini boleh digunakan untuk : 

i. Menyediakan makanan
 ii. Memberi murid pengalaman seperti menghidang makanan dan mengemas tempat makan
 iii. Melatih menjaga kebersihan dan keselamatan.

Aktiviti yang boleh dijalankan seperti :

 i. Mendedahkan pengalaman memasak dan menghidang makanan serta minuman
ii. Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan
 iii. Mengamalkan nilai murni seperti bersih, jimat dan sopan santun. 

78 Pengurusan Ruang P&P

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 10 PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru kelas hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan dan kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.Cara mengesan perkembangan dan kemajuan terhadap tiga aspek tersebut adalah melalui pemerhatian.

 Pemerhatian yang dijalankan adalah terhadap :

 i. Tingkah laku
ii. Perbualan, interaksi
 iii. Hasil kerja murid.

Segala maklumat yang diperolehi disimpan dalam portfolio yang mengandungi :
 i. Rekod peribadi murid
 ii. Rekod perkembangan dan kemajuan murid
 iii. Contoh hasil kerja murid.

Segala rekod tentang perkembangan dan kemajuan murid adalah sulit dan hendaklah diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid. Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid 79


Tiada ulasan: