Isnin, 7 Oktober 2013

OBJEKTIF




''Menyediakan kanak-kanak dengan persiapan dan persediaan untuk mencapai matlamat insan soleh dalam hidup dan kehidupan mereka.'' sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al - Baqarah: 30 & surah Az - Zariyat: 56

  • Mendidik & Membimbing kanak-kanak ke arah pencapaian potensi cemerlang dalam semua aspek pertumbuhan diri (rohani, fizikal, kognitif, sosio-ekonomi dan estetika) berpandukan Al - Quran dan As - Sunnah untuk melahirkan insan-insan yang sempurna, sesuai dengan martabat keinsanan itu sendiri.


Firman Allah dalam Surah At Tin: 4


"Sesungguhnya, kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


  • Menubuhkan kelas-kelas tadika untuk kanak-kanak yang berumur seawal 4, 5 dan 6 tahun.
  • Membentuk asas perkembangan ke tahap optimum dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani.
  • Memupuk personaliti positif dan berakhlak mulia kepada generasi seawal usia berlandaskan ajaran islam yang kukuh.
  • Mengukuhkan kemahiran berbahasa dengan betul untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi.

Tiada ulasan: