Khamis, 5 Disember 2013

PENGENALAN



Ar-raudhah Al-Hasib (Tadika yang Berketurunan Mulia) ini merupakan Taman Didikan Kanak-Kanak yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2013. Pihak kami menyediakan pelbagai perkhimatan serta kelengkapan khas untuk kanak-kanak yang telah didaftarkan ke Tadika kami. Selain itu, kemudahan 'Transit/Transport' turut disediakan untuk kanak-kanak  bagi memudahkan ibu bapa. Seterusnya, bagi perkhimatan dari segi kesihatan, pihak kami menyediakan Klinik Panel untuk memudahkan ibu bapa membuat rawatan untuk anak-anak apabila mengalami masalah kesihatan.

Seterusnya, premis kami mempunyai 15 orang murid bagi yang berumur 4 tahun, 20 orang murid bagi yang berumur 5 tahun dan 25 orang murid yang berumur 6 tahun serta 6 orang staff yang terdiri daripada pengasas tadika iaitu PuanNafsah binti Kassim, pengurus tadika iaitu Puan Fathimah Az-zahrah binti Rusli, mempunyai 3 orang guru iaitu Cik Nur Atilah binti Zainuddin mengajar bagi murid yang berumur 4 tahun, Cik Nor Hamirah Begum binti Babashah mengajar bagi murid 5 tahun dan Cik Wahidah binti Abdul Azim mengajar bagi murid yang berumur 6 tahun. Kami mempunyai pembantu pengajar di dalam premis kami iaitu Cik Hanani binti Zakaria. Tugas pembantu ialah membantu menyediakan bahan mengajar serta memasak untuk murid-murid di tadika. Justeru itu, kami juga menyediakan pemandu van bagi mengambil dan menghantar murid-murid di Tadika kami iaitu Encik Mohd Rabani bin Abas.

Selain itu, Taman Didikan Kanak-Kanak berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, jasmani, emosi, rohani, intelek, fizikal serta bahasa di kalangan kanak-kanak. Semua aspek yang tertera diatas akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, perbualan pagi, menyanyi, bergerak mengikut muzik dan berlakon. Dari segi pemakaian, kanak-kanak yang bersekolah di tadika kami, pihak kami menyediakan pakaian yang berwarna hijau dan kuning. Disamping itu, kasut bagi kanak-kanak pula berwarna hitam. Bagi yuran pendaftaran sebanyak RM500 untuk seorang kanak-kanak dan yuran bulanan pula sebanyak RM350 seorang. Tadika kami akan memberi potongan harga jika ibu bapa menghantar anak-anak ke premis/tadika kami lebih daripada seorang iaitu potongan sebanyak 20%.

Pihak kami turut mengambil berat tentang kreadibiliti guru-guru tadika di Ar-raudhah Al-Hasib (Tadika yang Berketurunan Mulia). Harapan kami untuk Tadika ini adalah untuk melahirkan generasi yang baik akhlaknya serta dapat berbakti terhadap bangsa, agama dan negara. 



CONTACT NUMBER : 017-7308567
ALAMAT : NO 6 JALAN ANGGERIK 1, 43900
SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN



Pakaian Seragam Murid-murid di Ar-raudhah Al-Hasib 
(Tadika Berketurunan Mulia)



Pakaian Rasmi





Pakaian Sukan


                     

                                       




Tiada ulasan: